Want your
own Fotopage?











 
Manmoncang
MyAlpha
By: Fuad Latip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Oct-2008 17:53 Email | Share | | Bookmark
Tutorial Photoshop: Tak Menggerutu Lagi

 
 
Bak kata Nabil Raja Lawak..
"Muka cantik tapi kulit tak licin, tak guna. Pakailah berus ajaib".

Muka anda banyak jerawat?
Muka anda banyak bekas jerawat?

Tak jadi masalah. Tak perlu pakai oxy. Tak perlu pakai cream pencuci. Pakai saja Photoshop. Huhuhuhu.

Caranya:
1. Masukkan foto
2. Tekan butang Q untuk Quick Mask Mode
3. Tekan butang B untuk brush tool.
4. Brushkan mana2 kulit yang menggerutu tu...huhuhu
5. Tekan butang Q semula untuk ke standard view.
6. Klik Shift + Ctrl + i untuk inverse selection
7. Filter --> Blur --> Gaussien Blur --> radius dalam 2.0 pixel atau secukup rasa
8. Filter --> Noise --> Add Noise --> Amount dlam 2.5% atau secukup rasa
9. Image --> Adjustment --> Brigthness/Contrast --> pilih contrast = 8

SIAP......selamat mencuba. Dah siap....kasi link kat sini ok.

Sebelum
aaaaaaaaaaa

Selepas
aaaaaaaaaaa

baru je lagi. dalam sebulan dua Tue 28-Oct-2008 06:14
Posted by:manmoncang manmoncang@gmail.com  - [Link]
bagus info ni bro, especially pd org2 yg ada software tp mls nak explore...
mcm saya heheheee...

salam kenal
Sun 1-Mar-2009 11:13
Posted by:izzulyfa  - [Link]
alah,,tu pn nk kecoh2x Thu 1-Oct-2009 03:19
Posted by:abdul hadith
View all 4 comments Add comment


Thursday, 9-Oct-2008 17:04 Email | Share | | Bookmark
Tutorial Photoshop : Serlahkan Gambar

 
 
Tengah penat coding, aku pun main-main ngan photoshop. Lagipun dah lama tak letak tutorial kat sini. Kali ini jom kita cantikkan gambar kalau gambar tak cantik. Pada mereka yang dok tangkap gambar pengantin tu, elok sangat lah guna benda ni. Aku tak ajar camna nak buat in detail sebab malas nak terangkan satu persatu. Korang ambil je lah action script yang aku dah rekodkan tu. Korang load dan run kan je lah untuk mana-mana gambar yang tak menarik tu.

So pandai-pandailah nak gunakannya.

Contoh gambar adalah seperti kat bawah ni.

DOWNLOAD PHOTOSHOP ACTION SCRIPT UNTUK CANTIKKAN GAMBAR.





Incik saya x boleh download la...bleh convert ke html ke pdf ke... Thu 6-Nov-2008 04:07
Posted by:adz adzjura@gmail.com
loh...tu actionscript lah kak. mesti dalam format dia. Kalau convert ke html atau pdf, mana nak jalan. Tu bukan cara-cara nak buat dia. Tu adalah actionscript untuk nak masukkan dalam photoshop. Then run kan je. Dia auto buat semua2 tu. Thu 6-Nov-2008 10:13
Posted by:manmoncang manmoncang@gmail.com  - [Link]
Salam.. saya xleh download action script ni di rapidshare.. Banyak website, IT dah blocked. Kat Mediafire jer yg boleh.. Boleh bantu saya. Terima ksh.... Fri 16-Oct-2009 07:38
Posted by:aishah aishah@vitargroup.com
Add comment


Thursday, 2-Oct-2008 18:04 Email | Share | | Bookmark
Wajah Ceria Di Hari Raya

 
 
 
View all 25 photos...
Hari Raya saat yang paling gembira bagi mereka. Inilah masanya untuk menjadi 'kaya' dengan duit raya. Seronok melihat semangat mereka berjalan ke rumah-rumah untuk beraya sambil mengutip duit raya.

Zaman aku dahulu, dapat duit raya RM30 pun dah sangat besar. Maklumlah ketika itu, duit raya yang paling besar adalah 50 sen. Kebanyakannya yang dapat dari sesebuah rumah sebanyak 20-30 sen sahaja.

Tidak di era minyak mahal ni. Paling kurang adalah 50 sen dan biasanya adalah RM1.

Kalau duit raya dari bapa dan mak saudara sudah pasti paling kurang pun RM5.

Maka, tidak hairanlah duit raya kanak-kanak era minyak mahal ini mencecah ratusan ringgit. Itu baru sorang. Kalau mana-mana ibu bapa ada 5 orang anak, senang-senang sahaja dapat mengumpul beribu-ribu duit raya anak-anak di hari raya.

Pengajaran cerita: Kena buat anak banyak-banyak ni.


aaaa

aaaa


Photo taken by: MyAlpha

>> keindahan dan kemeriahan aidilfitri...
>> pastinya banyak meninggalkan kenangan...
Wed 8-Oct-2008 18:44
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
gambo ni je ke yang ada....add le lagi gambo2 yang lain... Fri 17-Oct-2008 07:00
Posted by:cik lin zalina.latip@yahoo.com
Hehe.. akhirnya ketemuan juga dgn FP nie. Aidil dh add link ni kat blogroll. Wah2.. bile nak ngajo shooting nie? ekeke Thu 23-Oct-2008 05:27
Posted by:Aidilangelo
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 1-Oct-2008 16:08 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya
Sayang comel ihah
Mama pun sayang dia
View all 13 photos...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami. Maaf Zahir dan Batin.

Fuad Latip + Liza Zaini + Nasihah Fuad

aaaa

aaaa

Photo Taken By: MyAlpha

Care to comment?


Tuesday, 30-Sep-2008 10:19 Email | Share | | Bookmark
MEMBANTU NENEK UNTUK HARI RAYA

Irdina + Haikal
Si Tukang Cakar...cakar daun
Si tukang sapu
View all 18 photos...
Semuanya berpuasa. Dan semuanya bersemangat membantu nenek membersih halaman rumah. Akhirnya, semua kepenatan dan 'lembik' ketika waktu petang.

Rakaman MyAlpha menyaksikan Irdina, Aliyah, Haikal dan Atirah membantu nenek.

aaaaa

aaaaa

bagusnya......membantu nenek........... macamtulah cucu teladan... Wed 8-Oct-2008 10:49
Posted by:ijulabi  - [Link]
Add comment


Saturday, 16-Feb-2008 09:23 Email | Share | | Bookmark
Bukan Gambar Terbaru, Tetapi Masih Baru

Cedera di tangan. Biasalah...adik..
Toncang dua
Kelakarlah ayah ni...huhuhu
View all 7 photos...
Nur Durrotun Nasihah terus membesar. Melihat anak membesar bermula dari meniarap, merangkak, berjalan cukup seronok dalam hidup aku dan isteri. Sekarang dari hari ke sehari aku menunggu perkataan-perkataan baru yang keluar dari mulut Durrotun. Seronok, kelakar, terharu, gembira dan macam-macam perasaan yang tak mungkin boleh digambarkan.

Durrotun ...kawan-kawan sekolah panggil DORA THE EXPLORER....hehehe

Durrotun sebut:
Ayah = Aaa..nyah
Assalamualaikum = Aaaa...kum
Nyanyi lagu twinkle star = melodi je sama, lirik dia main hentam je....ada lah sikit-sikit betulnya
Nyanyi lagu Kereta Kecil Warna Merah = Dia teror part....pon..pon..pon..pon..pon...kereta kecil ku berbunyi...
Tak nak = Aaa...nak (geleng kepala)
Nak = Nak....(tunjuk guna jari)

aaaaaaa

aaaaaaa

aaaaaaa

aaaaaaa

dah beso anak ko ye 'ad... comel lak tuh...
no 2 bila?
Wed 20-Feb-2008 04:44
Posted by:rozila
dah besor dh ye anak awak... Thu 13-Mar-2008 12:40
Posted by:jehan najib  - [Link]
Add comment


Wednesday, 14-Mar-2007 14:32 Email | Share | | Bookmark
PROGRAMMER TERMUDA

 
 
 
View all 9 photos...
Inilah programmer termuda untuk membina sistem superb di internet.

Durrotun sedang membantu ayah ngan mama membina sistem terbaru ayah dan mama di internet.

aaaaaaaa

aaaaaaaa

hebat2... teruskan usaha durrotun:D Thu 11-Oct-2007 12:26
Posted by:hidayah  - [Link]
come lotenya Fri 1-Feb-2008 15:43
Posted by:azura asri
A'kum Bro/Sis,
Nak bagitahu kami ada sediakan platform untuk jual gambar DIGITAL COPY kat www.prospek.net. Upload dalam sistem ni, then maklumkan pada customer/or sesapa jer, then diaorang boleh beli dari sini, pas tu leh hantar guna email jer. It's FREE!
Fri 15-Feb-2008 21:52
Posted by:zaidi info@prospek.net  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 12-Mar-2007 02:24 Email | Share | | Bookmark
Usahawan Internet Termuda

Tengah meng'coding'
Tengah testing sistem
sampai terpeleot skrin laptop. power-power
Ini adalah usahawan internet termuda iaitu berumur 7 bulan. Durrotun sedang membina auto money generator system.

Setiap kali ayah ngan mama cari duit kat internet, Durrotun pun sure bising sambil angkat 2 tangan dan kaki dia mintak diangkat. Dia nak duduk depan laptop ayah dan mama sama. Lepas tu mata dia asyik tengok skrin dan tangan nak pegang keyboard je.

Ayah dan mama cari jalan lain, lalu kasi Durrotun laptop mama yang dah pecah skrin. 2 minit pertama ok. Lepas tu dia bosan sebab skrin takde apa. Kosong.

Ayah dan mama seronok sebab Durrotun mula suka dengan komputer. So nanti ayah ngan mama nak ajar Durrotun, kecik-kecik lagi dah tau programming, tau bina sistem, bina perisian dan pandai cari duit kat internet.

Biar Durrotun jadi cam ayah ngan mama, tak boleh hidup tanpa komputer dan internet...huhuhu


aaaaaa

aaaaaa

aaaaaa

comeynya..err..ko blurkan background tu sbb umah ko bersepah ke? haha.. just joking Mon 12-Mar-2007 02:52
Posted by:syda
Syda...hahaha. Ko tau yek?? Bersepah cam tongkang pecah. Tapi aku tak heran yang tu. AKu blur sbb ada aku kat belakang tu berkain pelekat sahaja. huhuhu. Mon 12-Mar-2007 03:39
Posted by:manmoncang manmoncang@yahoo.com  - [Link]
waaahhh, seronok dia tgh meng"explore".... Mon 12-Mar-2007 15:44
Posted by:mar chempaka_sari1@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 6-Jan-2007 14:38 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Ke Toys Museum

 
 
 
View all 15 photos...
Durrotun bersama ayah ngan mama jalan-jalan pada awal tahun ke Toys Museum, Tanjung Bunga, Pulau Pinang

aaaaaaaa
aaaaaaaa
aaaaaaaa

LAMA TAK JENGUK SINI..tau2 dah ada baby..congrates..nasihah yg comel... Wed 31-Jan-2007 02:56
Posted by:afairuz  - [Link]
Kat mana nie poad? aku nak pergi ler...

Durraton makin comeeyyyyy
Tue 13-Feb-2007 07:12
Posted by:sheems
anak kite sebaye kan? wah.. tidur meniarap ek.. hehehhe... kat mane ek musium tu? Thu 22-Feb-2007 18:11
Posted by:suraya  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 26-Dec-2006 14:45 Email | Share | | Bookmark
Rahsia Wanita Di sebalik 3 Wajah

hohohohoho
ngehngehngeh
mmmmmm
3 wajah dengan gaya muka berlainan. Nasihah boleh buat lebih 100 gaya muka (mimik). Termasuk 20 lebih mimik nak susu, 30 lebih mimik nangis, 20 lebih mimik menjerit bermain dan macam-macam mimik lain lagi.

Setelah 20 kali ayahnya puas memujuk termasuk 15 kali mama dia pun memujuk, akhirnya Nasihah hanya membenarkan 3 mimik sahaja dipamerkan. Huhuhu

p/s Nasihah sudah ada rambut . Ada sesiapa nak booking buat menantu?? ngehngehngeh

asssa
asssa
asssa

comel nye baby nih..rmbut tk leh bla..ahahaa Wed 3-Jan-2007 10:36
Posted by:mun  - [Link]
cute ba baby ni....buat la mimik mike mcm badut plak....gerenti kelakar giler Wed 20-May-2009 08:10
Posted by:ika ika_zulaika91@yahoo.com
huh....penat sungguh ari tk... Thu 1-Oct-2009 03:17
Posted by:abdul hadith
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.