Manmoncang
MyAlpha
By: Fuad Latip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[SEBIJI APPLE]

huhuhu
ada sebiji apple kat keyboard
amik ko port-port dia
View all 9 photos...
ok..ok... Apa nak heran dengan dapat sebiji apple kan??? Tapi kali ni aku happy gak aaa walaupun sebiji apple. PowerBook G4. Akhirnya dapat gak....yey.......

Aku seronok sangat sebab aku bukan mampu nak pakai powerbook ni. Orang miskin. Dapat benda-benda camni memang aaa best ye tak?




Tuesday, 1-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[Balik Rumah]

 
 
 
View all 8 photos...
Aku memang jarang balik rumah. Bertapa di dalam bilik opis yang dah macam rumah. Cuma takde mesin basuh je. Kalau ada, sure terus-terus aku tak balik rumah. Sebab rindu sangat-sangat kat anak saudara comel dua orang ni, aku balik pi jenguk derang sekejap.

Aliyah sudah pandai sebut uwekkkk @ kruekkkk @ india. Hehehe. Kami panggil india tu kruekkkk. Gelaran yang Irdina kasi. Kira sopan aaa sikitkan panggilan tu dari panggil HINDU.







Tuesday, 15-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[FKE Broucher]

CISCO
Bachelor of Electrical Engineering
Diploma in Instrumentation
View all 7 photos...
Aku bukan budak Multimedia Creative. Aku bukan budak IT. Aku bukan budak Art and Design. Aku bukan budak Multimedia.

Aku cuma budak engine yang cuma tahu bab electrical engine. So bab design-design yang melibatkan multimedia tools ni aku belajar sendiri. Hasilnya cuma ala kadar saja. Yang penting aku dapat bantu fakulti dari kurangkan kos untuk upah orang design broucher kali ni. 1st time fakulti design sendiri.

Semua ini selain dari untuk dapatkan point di dalam perkhidmatan, aku juga sedang idam powerbook dari fakulti. ngehngehngeh. Masa tengah design...terutama depan dekan..aku selalu kata...kalau guna macintosh apple ni lagi senang dan lagi hasilnya gempak.....huhuhu.


Sunday, 13-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[Balik Kampung Arwah Atok!!!]

Sebahagian Adik beradik aku.
Pasukan kompang memeriahkan suasana
Mak Long, adik sepupu arwah ayah
View all 14 photos...
Lama dah aku tak balik Teluk Intan, kampung asal mak dan arwah ayah aku. Kampung arwah tok dan arwah nenek aku. Aku rasa dekat 5-6 tahun aku tak balik. Sejak aku belajar di UM aku jarang ikut arwah ayah aku balik ke kampung. Apa lagi kalau arwah ayah pun dah tiada. Lagilah jarang balik. Kali ini balik sebab ada kenduri saudara kawin.

Alhamdulillah walaupun aku lama tak balik, tapi masih ingat jalan ke kampung. Banyak perubahan pada kampung. Kampung yang aku balik ni kampung sebelah arwah ayah. Lepas kenduri tu, aku pergi balik kampung mak aku pulak. Seronok jumpa dengan sepupu. Bila dah jumpa teringat masa kecik dulu main sana sini. Lari kat sawah, terjun tiruk kat tali air sambil lambai keretapi yang lalu. Sekarang ni semua sepupu aku dah kawin dan ada anak. Ada yang aku tak cam muka pun ada.

Soalan favourite untuk aku bila jumpa saudara mara, "Bila nak kawin???"



Friday, 11-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[BBQ Geng Mak Itam]

Mula-mula sembang-sembang. Lepas tu lantak melantak leeee
Ngan Ludi. Aku nak tempah dia jadi tukang bakar ayam.
Penat bergaya, badan aku sikit je masuk..ceh
View all 15 photos...
BBQ GMI bukanlah membakar ayam hitam untuk dijadikan pengeras di dalam perubatan tradisional. Ia cuma menjadi pengepam perut agar lebih nampak sama dengan belon. Semua yang datang berjaya membelonkan perut masing-masing dengan hidangan-hidangan yang mantap dan masyukkkkk.


INI BUKAN SUPER IMPOSE DAN COPY LAYER OK. INI BETUL-BETUL KEMBAR TIGA OK.


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net