Manmoncang
MyAlpha
By: Fuad Latip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
[Bermesra Bersama Keluarga]

Tengok wayang
Cadar jadi wayang
Rambutan gading
View all 17 photos...
Bila berkumpul ramai-ramai, inilah masanya untuk bermesra bersama adik beradik yang jarang-jarang bertemu. Ini adalah suku sahaja daripada keluarga aku.


Sunday, 7-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
[SENTUHAN ADOBE]

 
 
 
View all 8 photos...
Aku dah lama tak godek-godek Adobe Photoshop. Tengah bosan menulis tesis, aku touch up lagi vector art yang aku buat dulu. Aku cuma guna Adobe Photoshop untuk buat effect-effect seumpama ini sahaja. Kalau foto, aku lebih suka ia original keluar dari digital camera aku tanpa di edit apa sahaja walaupun keterangan foto yang ditangkap.

p/s Nanti ada masa aku buat tutorial untuk buat vector art untuk yang nak tahu. Tapi lasso tracingnya teknik lagi best. Aku buat sekadar yang aku mampu.

Masa kau tengok entry ini, pastikan ko SET MINDA KAU, AKU BUKAN SEORANG YANG KREATIF. Then barulah kau komen



Saturday, 6-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
[LIMA RINGGIT]

 
 
 
View all 13 photos...
Aku tukar duit raya juta-juta RM kepada duit RM5 banyak keping. Bukan kedekut sebab kasi duit raya RM5, tapi sebab duit RM5 tu duit baru. Ada plastik transparent lagi. Jadi anak saudara aku akan dapat sekeping atau beberapa keping bergantung di atas BODEK diaorang dengan Pak Cu nya yang best ni. huhuhu.

p/s Sapa anak ramai untung aaaa sebab anak-anak dok kutip duit raya sana sini. Tapi anak saudara aku semua ada tabung sendiri. So mak bapak derang tak boleh aaa masuk poket derang. ngehngehngeh.

Aku tidak menggunakan teknik super impose untuk gambar duit berlatar belakangkan pemandangan tu. tekniknya mudah sahaja. Lekat di tingkap....then..shoot!!! Oh ya! sebab duit RM5 ni kaler hijau, aku gunakan teknik ON kaler hijau dan OFF kaler lain. Tapi tak semua.

Quote:
TAHUN BARU CINA + HARI RAYA = KONGSI RAYA
DEEPAVALI + HARI RAYA = KONGSI GELAP....huhuhuhu

ANYWAY, SALAM EIDUL MUBARAK





Thursday, 4-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
[Mencari Ketenteraman]

Buai laju-laju sampai penthouse
Kau akan dapat lihat sebegini jika kau meniarap
Bosan tidak berkawan
View all 18 photos...
Siapa lagi kalau bukan 2 orang budak comel ini yang membantu menceria dan mententeramkan diri aku apabila dilanda kesedihan. Di dalam keserabutan dan kesalahan yang teramat biasanya manusia mula kembali rapat dengan Ilahi. Semoga dengan kembali kepadaNya dengan kesungguhan hati akan menginsafkan dan mententeramkan jiwa ini selama-lamanya. Amin.

Quote:
Sahabatku,
Laluilah dengan tenang ditengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari jiwa yang suci. Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibbah dan berbudilah bahasa setiap masa. Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak. Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya. Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu. Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu. Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu. Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah. Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu. Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya. Usah hidup berpura-pura. Ambil pengajaran dari masa silammu. Tanamkan jiwa keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu. Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan hati yang tenang dan jiwa yang khusyuk. Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini?.dan bertaffakurlah untuk seketika?.

Inspirasiku : manmoncang @ Poa'd 1998




Sunday, 31-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
[Bunga Api]

Berdentummmmmmm
Riang....
Lupa diri...
View all 12 photos...
Dulu aku juga tidak sedar diri seperti anak saudara aku ini. Riang gembira bermain bunga api. Sudah habis bunga api, aku mula membakar kertas membuat "hantu penanggal". Jika sudah bosan, mula menunjukkan hero dengan membakar kertas lalu memijak tanpa kasut. Padam...senyum bangga. Lalu membakar lagi. Kali ini tidak senyum bangga....tetapi menjerit kesakitan. Makkkkkkk!!!!!!..........aku tersalah bakar. Plastik aku sangkakan kertas. Memijak tanpa kasut dengan bangga.....lalu...melecur tapak kaki. Tapi itu semua 20 tahun yang lalu. Cepatnya masa......



Quote:
waa! beshnyer main bunga api. plus, lawa gamba nih.
Posted by:atiQah

Manmoncang: Best-best. Kita yang lebih-lebih dari bebudak tu. huhuhuhu. Lawa?? tq.

hello... nice pics you've got here... my fav is your leg and your cute nieces and nephews.. ouuhh and thanks for visiting my fotopage...
Posted by:noreen ladyviolet12@yahoo.com

Manmoncang: My leg?? which one??

cool light trails
Posted by:dieha narusegawa1907@yahoo.co.uk

Manmoncang: Yeah!!! it's cool when u use night effect

aku penah kena bunga api..selamba badak jer anak buah aku cocok kat blakang aku..berlobang baju kurung merah ku..masa tu aku 5 or 6 tahun kot..
Posted by:A l m o s t U n r e a l

Manmoncang: Sure ada parut tu. Nasib baik dia tak cucuh kat batang hidung ko. Kalau tak, tak cun dah aaa. Ko cun ke??

giler ker aper jln kaki nak ke sume tempat tuu ... dah la bulan puasa hahaha .... nice set ... ada unsur2 light trails tuu ... keep it up
Posted by:alie

Manmoncang: Mana aaa tau kan. Nak buat kerja gila sekali sekala. . Tq untuk pujian.

Kemeriahan yang semakin terasa...
Posted by jefff@ambig

Manmoncang: Yeahhhh......duit kempis pun terasa gak bila terbakarnga bunga api. huhuhu


Quote:
Tampak seronok, meriah suasana.. bunga api semestinya menambahkan semangat berhari raya * teringat waktu kecil dahulu *
Posted by:* Mayang *

Manmoncang: Haah seronok. Aku yang besar pun tak sedar diri join sekali. huhuhuhu

Great night shots!!
Posted by:Steve Troy

Manmoncang: Really??? Tq

huhu....nk balik raye...kalo sesape yg baik ht lg budiman sile lah ek kim kuih raye...n duit raye..hehe...NK BALIK!!!!nk main bunga api.....
Posted by:nuregaia nur2e2n@yahoo.com

Manmoncang: Nak bape juta??? Sembilan juta lima ratus tujuh puluh satu ribu empat ratus enam puluh dua ringgit cukup??? huhuhu

pergi shoping tak tersentuh pun bila lagu raya dipasang..buko page nih syahdu ja terasa....nak balik ghaya gak.....
Posted by:ayana

Manmoncang: Sabar-sabar. Tu tak sabar nak balik tu sebab nak beraya umah sapa aa agaknya tu yek??


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net