Manmoncang
MyAlpha
By: Fuad Latip

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Jerebu UiTM

 
 
 
View all 8 photos...
UiTM cuti (hanya student) sehingga 12 Ogos akibat jerebu. Dan sepatutnya kakitangan juga cuti disebabkan jerebu yang amat teruk. Pandangan hanya boleh dilihat sekitar 300 meter sahaja.


Wednesday, 3-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Jemputan Majlis Kahwin

 
 


aaaaaaaaaaaaa

SAMPAIKAN UCAPAN KEPADA BAKAL PENGANTIN DI http://www.manmoncang.com


Monday, 13-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[Ganu Kita]

Peserta @ Pembentang
Research saya
conclusion
View all 6 photos...
Gambar saya masa konferensi di Terengganu. Saya present research yang telah disiapkan tahun lepas. Sebanyak RM10 ribu untuk membuat research tersebut di mana research tersebut adalah membina satu teknik untuk menyelesaikan masalah di dalam sistem kuasa (power system) menggunakan component based methodology.

Tahun depan konferensi ini akan diadakan pula di Langkawi. Saya ada satu lagi research dalam bidang kuasa elektrik (electrical power) yang sudah siap tapi tidak sempat dibentangkan di Terengganu. Research ini mendapat grant sebanyak RM20 ribu untuk membeli segala peralatan yang perlu. Jadi inshaAllah bolehlah tahun depan ke Langkawi pula. Tahun depan inshaAllah pergi berdua.

Semoga selepas ini akan bertambah research saya. InshaAllah kalau ada masa yang terluang, saya akan buat research dengan CELCOM di dalam bidang komunikasi pula. Kali ini nak mintak grant dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim Intensification of Research in Priority Areas (IRPA). Boleh dapat ratus-ratus ribu. Sekarang ni tengah berbincang dengan Celcom. Harap berjaya.

p/s Terima kasih kat korok (http://korok.fotopages.com) yang ajak aku naik bukit besar. Dengan berbaju melayu (masa tu hari jumaat), aku naik bukit besar berpeluh-peluh. Nanti aku nak ikut korok berekspedisi. InshaAllah.

aaa


Saturday, 11-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI LAHIR MANMONCANG

aaaa

Quote:
Esok aku akan ke Terengganu untuk present research paper kat CONFERENCE ON SCIENTIFIC & SOCIAL RESEARCH (CSSR 2005). Isnin baru balik.

11 Jun ni besday aku. Aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada mak yang tercinta kerana kasih sayang yang diberi tidak pernah berkurangan hingga aku berumur sampai hari ini.

28 tahun dulu, di hari Jumaat, jam 12.05 tgh hari aku selamat dilahirkan. Aku lahir songsang. Kaki keluar dulu. Arwah aku cerita, masa tu dia ingat mak aku akan pergi buat selama-lamanya. Dahlah lahir songsang, di kampung pula. Lahir pula normal..tidak ada belah-belah. Sian kat mak aku menahan kesakitan.

Arwah ayah aku citer, sebelah kaki aku kuar dulu. Sebab mana boleh nak kuar kalau kaki sebelah je, lalu bidan tu masukkan semula kaki aku ke dalam perut mak. Kemudian ntah macam mana, atas pertolongan Allah, kaki aku boleh kuar dua-dua. Peh tu bidan pun tarik aku. Masa tu mak aku dah tak berdaya lagi. Tangan aku kuar macam orang angkat tangan dua belah tangan tu.

Masa aku sekolah dulu, arwah ayah selalu pesan suruh jaga mak aku baik-baik. Bukan sahaja jaga diri dia, tetapi hati dia. Dan itulah yang aku ingat sampai ke hari ini. Mak lahirkan aku songsang. Bukan mudah untuk lahirkan aku.

Sebab aku nak gi Terengganu, tak sempat nak update 11 jun ni, maka aku nak ucapkan sekali lagi terima kasih kat mak yang melahirkan aku. Pengorbanan mak pastinya aku ingat dan cuba dibalas walaupun tidak mungkin terbalas. InshaAllah minggu depannya aku akan balik ke kampung. Rindunya kat mak....rindunya kat arwah ayah. (semoga arwah ayah tenang di 'sana'. Ameen)

p/s
1. orang kata...lahir songsang ni cerdik...huhuhuhu. Aku tak tau...itu orang kata. Bukan aku. ngehngehngeh
2. Ingatlah ibu yang melahirkan kita setiap kali hari lahir kita. Bukan menyambut kelahiran kita dengan hanya mengucapkan selamat hari lahir untuk kita tanpa mengingati sakit, penat dan sebagainya pengorbanan ibu kita melahirkan kita.


Tuesday, 7-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SINARKAN GAMBAR

Pilih gambar yang nak dicerahkan. Pilih sponge tools.
Lepas tu sapukan gambar ke kiri dan kanan
Pilih menu curve
View all 6 photos...
Lama dah tak kasi tutorial. Kali ni saya kasi tutorial berkenaan dengan SPONGE TOOLS yang ada dalam adobe photoshop 7.0

Saya tak tau nak kasi tajuk apa. Jadi hentam jelah sinarkan gambar. So jika ada gambar yang kita tangkap tu tak cukup cerah dan menarik, boleh gunakan sponge tools dan juga function curve. Guna image->level pun boleh. Gambar anda akan lebih menarik.

Satu perkara lagi, kalau anda spongekan muka orang, ia akan jadi kaler oren. Untuk membuangkan semula kaler oren tu, desaturate menu di menu bar (akan keluar bila sponge tools di pilih). Kemudian sapukan pada muka orang yang kaler oren tadi.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaBeza sebelum dan selepas
aaa


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net