Hari Raya saat yang paling gembira bagi mereka. Inilah masanya untuk menjadi 'kaya' dengan duit raya. Seronok melihat semangat mereka berjalan ke rumah-rumah untuk beraya sambil mengutip duit raya.
Zaman aku dahulu, dapat duit raya RM30 pun dah sangat besar. Maklumlah ketika itu, duit raya yang paling besar adalah 50 sen. Kebanyakannya yang dapat dari sesebuah rumah sebanyak 20-30 sen sahaja.
Tidak di era minyak mahal ni. Paling kurang adalah 50 sen dan biasanya adalah RM1.
Kalau duit raya dari bapa dan mak saudara sudah pasti paling kurang pun RM5.
Maka, tidak hairanlah duit raya kanak-kanak era minyak mahal ini mencecah ratusan ringgit. Itu baru sorang. Kalau mana-mana ibu bapa ada 5 orang anak, senang-senang sahaja dapat mengumpul beribu-ribu duit raya anak-anak di hari raya.
Pengajaran cerita: Kena buat anak banyak-banyak ni.
selamat hari raya!maaf zahir batin!
re: thanks for visitting..mestila ingat!ur daughter dah besor!!balik perak raya aritu ke?i was there in kuale 2nd raya.looking at the fotopages, u pun baru update ye? kim salam ngan ur wife. nice seeing u again in alam internet ni!heheh